Friday, September 25, 2009

Tempahan Roti Canai Segera



Para pembaca sekalian,


Kepada semua pembaca yang ingin merasai dan mencuba roti canai segera ini boleh lah menghubungi saya di alamat emel iaitu aini1585@gmail.com.


Kami juga menyediakan pengangkutan tambahan bagi para pelanggan yang melanggan produk kami lebih daripada 100 bungkus.

Monday, September 21, 2009

Introduction: Roti Canai Segera




Roti canai segera keluaran perniagaan ini mula diperkenalkan pada tahun 2002. Kami telah membuat penyelidikan tentang kandungan roti canai segera ini dari masa ke masa. Resipi roti canai ini diambil dari resipi turun temurun nenek moyang pengurus perniagaan ini. Roti canai ini juga telah mendapat permintaan yang tinggi oleh beberapa kontraktor makanan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi tinggi di seluruh negeri Perak. Harga sebungkus roti canai segera ini ialah RM3.50(5 keping). Kandungan roti canai segera ini ialah:




  • tepung gandum


  • gula


  • garam


  • planta/marjerin


  • air


  • minyak


Anggaran berat sekeping roti canai segera ini ialah 70-85 gram. Kami menggunakan masa yang agak lama untuk penghasilan produk perniagaan ini. Hal ini kerana roti canai memerlukan pemerapan yang agak lama kira-kira 7-8 jam untuk menghasilkan roti canai yang berkualiti. Kami juga tidak menggunakan mesin atau peralatan yang canggih dalam penghasilan roti canai dan hanya menggunakan cara manual demi mendapatkan tekstur dan dan kualiti yang tinggi serta rasa yang sedap.